click me!!!

Budak Kiut ;))

Tuesday, July 17, 2012

20 Cara Untuk Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri..

Assalamualaikum semua..

Hari ini cik blossom nak share 20 cara untuk eratkan kasih sayang diantara suami isteri...

jemput baca entry cik blossom ni yea..
  1. Cium tangan suami dah dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing..
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.. ;)
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I lOVE YOU sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon atau sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dan isu rumahtangga hinggalah politik sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarkan berlaku dalam bilik "beradu suami isteri" agar ia berakhir dengan 'kemesraan' jauh dari pandangan anak-anak.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisinya.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan silu untuk menghabiskan makanan/minuman suami isteri.
  13. Sesekali buatlah kejutan membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  14. Senda gurauan dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincanglah bersama untuk menyelesaikannya.
  18. Sentiasa menyimpan tekad untuk mnjadi suami/isteri yang terbaik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda memcapai matlamat tersebut.
  19. Setiap pagi berikan ucapan 'selamat pagi' atau kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih serta meminta maaf sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.
  20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah anda lakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukan tanpa rasa segan silu dan ragu.
so, ini dia 20 cara untuk eratkan kasih sayang antara suami dan isteri... jom sama-sama kita jadikannya titik permulaan yang bahagia buat keluarga kita...

Insyaallah Cik Blossom pon akan amalkan walaupun ada cara diatas yang cik blossom sering amalkan dengan hubby tercinta... <3

:))



3 comments:

~MarhaSua'imi~ said...

WAH..bgs2..i followlah sume nih..bgs utk sy & hubby..:)

~MarhaSua'imi~ said...

erm...bgs2...tip2 yg memberangsangkan..i follow...

Cik Blossom said...

;)

Click Me!